Thursday, December 31, 2009

Tahun baru 2010

Pertama sekali syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan tuk sampai ke tahun baru 2010..Maknanya tahun ni merupakan tahun last dan juga sem last berada di pembuktian ilmu, bumi ukm..Sekejap je terasa belajar selama 4 tahun. cam xcukup je ilmu tuk berhadapan ngan masyarakat. Banyak lagi mende kena belajar. Jadi, kenalah gunakan kesempatan yang masih berbaki, peluang yang masih diberi ini untuk baiki diri menjadi yang lebih baik. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana dengan ilmu itu menjadikan seorang insan itu hidup..




Wednesday, December 23, 2009

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

Thursday, December 17, 2009

Sunday, November 29, 2009

Thursday, November 19, 2009

Sunday, November 15, 2009

mutiara kata

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"
www.familiazam.com
"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"

"Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"
www.familiazam.com
"Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"
www.familiazam.com
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

"Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"
www.familiazam.com
"Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"

"Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"
www.familiazam.com
"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan"

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"
www.familiazam.com
"Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar"

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

"Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"
www.familiazam.com
"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
www.familiazam.com
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
www.familiazam.com
"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"

"Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"


"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"
www.familiazam.com
"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"
www.familiazam.com
"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"
www.familiazam.com
"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

"Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........."
www.familiazam.com
"Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya"

"Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"

"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah"
www.familiazam.com
"Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan"

"Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain"

"Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya"
www.familiazam.com
"Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya"

''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya''

''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan''
www.familiazam.com
''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'

"Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup"

'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''

''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya''
www.familiazam.com
''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah''

''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''

''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''
www.familiazam.com
''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia''

''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai''

''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal''

"Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"
www.familiazam.com
''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia''

''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya''

''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''

''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''

Friday, November 13, 2009

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Tuesday, October 27, 2009

Sunday, October 25, 2009

exam.

........SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA......
.......semoga dipermudahkan segala urusan.......

Wednesday, October 21, 2009

Sunday, October 18, 2009

Tuesday, October 13, 2009




kalau ada sape2 ynag teringin nak rasai kelainan bleh try di Taman warisan Putrajaya.Antara yang ada roti john special,nasi ayam kampung,satay kajang n macam2 lg..nanti try yea...thanks..

Monday, October 12, 2009

Wednesday, September 30, 2009

Camera...

Thank you Allah..

Pertama sekali, syukur alhamdulillah kerana telah selamat pulang dan kembali ke bangi..Gembira sungguh dapat balik umah..dapat berpuasa bersama dengan seluruh keluarga..menyambut syawal bersama, kalau nk ikutkan hati nk je duk kt umah.berat je hati nk tinggal umah..tp..da lg keje yang belum dibereskan.xpe2 blaja da nk bis..hehe..insyaAllah..

Monday, September 14, 2009

Raya

SELamat hari Raya kpd semua, kepada yang balik beraya, berhati-hati dijalan raya,semoga selamat sampai ke umah..jangan lupe baca doa minta dijauhkan segala bahaya..Bagi yang mengenali diri ini, ampun dan maaf dipinta kalau ada salah silap sepanjang kita kenal..hehe..Antara event raya nanti :
Raya pertama : Kat umah sambil menziarahi saudara mara
Raya kedua :Sepupu tunang kat terengganu
Raya ketiga :Adli n nik umairah kahwin

Mata yg Selamat

Rasulullah SAW bersabda, ''Semua mata akan menangis pada hari kiamat, kecuali tiga mata. Pertama, mata yang menangis karena takut kepada Allah. Kedua, mata yang dipalingkan dari apa-apa yang diharamkan Allah. Ketiga, mata yang tidak tidur karena mempertahankan agama Allah.''

Dalam suatu riwayat, ahli tasawuf bernama Fudhail bin Ayyadh, semula adalah seorang yang hanya mengejar-ngejar hawa nafsu dan berkelana di tempat-tempat maksiat hingga larut malam. Suatu malam, ketika ia pulang dalam keadaan sempoyongan, dia mendengar sayup-sayup seseorang membaca Alquran dari sebuah rumah.

''Belum datangkah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik.'' (QS al-Hadid (57): 16).

Sesampainya di rumah, ia mengulangi bacaan yang didengarnya itu. Tanpa terasa, air mata mengalir di pipinya. Ia merasakan ketakutan yang luar biasa. Hatinya bergetar ketika mengingat perbuatan maksiat yang pernah dilakukan. Akhirnya, ia kembali ke jalan yang benar karena takut kepada Allah SWT.

Berbahagialah orang yang pernah bersalah dalam hidupnya kemudian menyesal dan matanya basah dengan air mata penyesalan. Allah SWT Maha Pengampun atas dosa yang telah dilakukan hamba-Nya. Mata seperti itu, insya Allah, termasuk mata yang tidak pernah menangis di hari kiamat.

Kedua, mata yang dipalingkan dari hal-hal yang dilarang Allah SWT. Nabi Yusuf menolak ajakan Zulaikha untuk berbuat maksiat. Dengan kondisi dan kesempatan yang ada, Nabi Yusuf mampu mengalahkan hawa nafsunya. Melihat kondisi saat ini, mata kita rawan dari hal-hal yang berbau pornografi, baik melalui media cetak, elektronik, maupun kejadian sehari-hari. Dengan mudah siapa pun dapat melihat gambar-gambar yang membangkitkan syahwat.

Bahkan yang menyedihkan, hal itu menjadi kebiasaan dan dianggap wajar oleh sebagian masyarakat. Mata yang tidak pernah menangis di hari kiamat adalah mata yang mampu berpaling dari yang dilarang Allah SWT, termasuk apa pun yang berbau pornografi.

Ketiga, mata yang tidak tidur karena membela agama Allah SWT. Contohnya, mata para pejuang Islam yang mempertahankan keutuhan agama dan menegakkan tonggak Islam. Perjuangan ini bukan hanya jihad dalam arti berperang saja, namun juga setiap tindakan yang bertujuan membela kemurnian agama Allah SWT. Memang, tidak mudah untuk memiliki mata yang tak pernah menangis di hari kiamat. Diperlukan kesabaran dan perjuangan untuk mendapatkannya.

(Sumber, Alfun Khusnia, Republika, 29 April 2006 /http://cutiebeauty79.multiply.com, sebagai ibroh atau pelajaran)

Sunday, September 6, 2009

Nasihat...utk yg ada gewe

Jangan mencari terlalu sempurna.. (Dr.Fadilah Kamsah)



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang
lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Pertengahan ramadhan..

Hari ini,cukuplah separuh dari ramadhan kita lalui..maknanya lebih kurang 14 hari lg kita berada dlm bulan yang mulia ini.Apa yang penting bukan lama ke tidak kita berada dlm bulan ini tetapi kita hendaklah muhasabah diri kita..Sejauhmana kita merebut peluang yang Allah tawarkan.Ataupun kita tidak merasa apa-apa kelebihan yang ada.Sama sahaja dengan bulan2 yang lain.Kalau kita tengok sejarah zaman nabi dan para sahabat,mereka bersungguh-sungguh meningkatkan amal ibadat.dari segi bacaan quran,amalan sunat,hidupkan mlm hari dengan qiamullail..Mereka berlumba-lumba antara satu sama lain didlm beribadat.tetapi keadaan ini tidak berlaku dlm masyarakat kita,sama sahaja bulan ramadhan ke tidak...yang penting bl bulan puasa nk habis sebab,bl da habis maknanya hari raya bakal menjelma..Oleh itu dikesempatan yang ada ini,baki ramadhan yang tinggal marilah bersama-sama memperbanyakkan amal ibadat,bersama-sama kita mengislahkan diri kita menjadi seorang insan yang lebih baik...

Wednesday, August 26, 2009

program softskill bakal guru..



bersama Dr isa penyelaras PIPAQ