Saturday, August 20, 2011

ramadhan kareem

Fadhilat Ramadhan 01

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat رضي الله عنه lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah سبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

..Bismikallah...

..semoga dipermudahkan segala urusan hambaNYa..

Tuesday, March 29, 2011

...2011..

Salamuanalaik..

Lama sungguh tak post buletin dalam blog ni. Mungkin sebab ada keje @ tak tahu nk post ape..huhu. Ape ape pun alhamdulillah dapat menjejakkan kaki ke 2011. 2011 tahun yang banyak benda baru berlaku. Tahun perubahan dari pelajar ke pengajar, tahun yang semakin banyak tanggungjawab tuk dipikul..

Alhamdulillah, dapat posting ke Perak Darul ridzuan. Pilihan pertama dalam senarai pilihan posting. Tak tahulah kenapa letak perak yang pertama. Hati terasa nak duk Perak. Mungkin sebab suasana Perak banyak perkampungan, suasana kampung. Ingatkan dapat sekolah dikawasan hulu @ kampung. Bl dapat keputusan betul-betul dikawasan Ipoh. Tengah-tengah bandar. Tak pe lah, ada hikmah tu. Sekolah pertama mengajar SMK Anderson, sekolah premier..Sekolah ni ok. Semua pelajar lelaki.

Tahun 2011 juga ramai sahabat yang rapat dah berkahwin. Mungkin da sampai masa masing- masing. Bila da kahwin, mungkin susah sikit nk jmpe, nk keluar selalu n lain-lain.h Apekan daya, sampai bila diorang nk bujang..huhu..Apepun tahniah diucapakan.smoga berbahagia n berkekalan hingga akhir hayat. Maaf diucapkan kerana tidak dapat pergi kenduri.. Antara yang kahwin :

Siti Hajar Abd Rahman,
Kabat,
Mikdad,
Syafiq
Zulfadhli,
Zarimi,
Faralina,
Sab n Yani,
Azlee
n lain2.

p/s kepada yang dalam planning nk kahwin semoga dipermudahkan segala urusan.

...Semoga tahun 2011 sentiasa ceria dengan perkara-perkara baru yang lebih seronok..huhu..
...Semoga setiap perancangan 2011 berjalan dengan baik...

Saturday, February 19, 2011

Saturday, February 5, 2011

Anak beranak..

KELUARGA TUAN MAN + NIK HASANAH
( AYOH MAN & CHE SOH )


HJ TUAN MAN BIN HJ TUAN MAT (2.8.1934)+HAJJAH NIK HASANAH BIN HJ NIK MAT(1942)

1. Tuan Ahmad Bin Tuan Man (4.11.1956) + Hamidah B Jaafar (1.7.1962)

1.1. Tuan Mohd Zamani + Rahida Bt Abd Wahab

1.1.1. Tuan Ain Nur Fatihin
1.1.2. Tuan Aufa Nur Najihah
1.1.3. Tuan Asnurin Najwa
1.1.4. Tuan Ahmad Iyyash Auzaie (28.7.2008)

1.2. Tuan Mohd Akmal + Raihatul Jannah Bt Ahmad & Norfadzillah @ Norfaizah Bt Saidon

1.2.1. Tuan Nor Solehah

1.3. Tuan Noryadaini (22.8.1981) + Mohd Ariza B Yahya (24.12.1976)


1.3.1. Syakila Batrisyia (9.6.2002)
1.3.2. Syadiah Auni (30.9.2004)
1.3.3. Syarah Irdhina (22.10.2006)
1.3.4. Syahadatul Ulya (17.01.2009)

1.4. Tuan Mohd Faiz

1.5. Tuan Mohd Fadli + Yah

1.6. Tuan Mohd Adib + Mazlina bt Abdul Rahman
1.6.1. Tuan Nur Qurratu Aini bt Tuan Mohd Adib - ( 1 April 2009)

1.7. Tuan Mohd Zaki + Isteri

1.8. Tuan Nor Salwani (30.4.1991)

1.9. Tuan Mohd Taqiudeen (1.10.1998)


2. Tuan Mohd Jaafar Tuan Man (28.12.1957) + Nik Yam Binti Razali (24.6.1964)

2.1. Tuan Mohd Salman (9.3.1985) + Ayuni

2.2. Tuan Mohd Aiman (9.8.1986)

2.3. Tuan Mohd Munawwar (4.2.1990)

2.4. Tuan Mohd Fahmi (20.5.1992)

2.5. Tuan Mohd Naim (24.4.1994)

2.6. Tuan Nurfatin Nabila (4.2.1997)

2.7. Tuan Mohd Nasuha (24.12.2001)


3. Tuan Ibrahim Tuan Man (27.8.1960) + Nurul Ain Bt Hashim (10.2.1962)

3.1. Mohamad Badiuzzaman (21.8.1987)

3.2. Mohamad Zakuan (21.10.1988)

3.3. Nurrul Hazuani (15.5.1990)

3.4. Nurul Hasniati (13.1.1992)

3.5. Mohd Izzat (21.2.1995)

3.6. Nurul Athirah (11.11.1996)

3.7. Nurul Aisyah (19.7.1999)

3.8. Nurul Humaira’ (7.6.2002)


4. Abd Rahman B Mahmood (10.6.1966) + Tuan Noriah Tuan Man (31.1.1963)

4.1. Ahmad Safuwan (20.7.1993)

4.2. Nur Nashirah (4.4.1997)

4.3. Nur Farhana (22.5.2000)


5. Mohd Saufi B Mohayuddin (13.9.1964) + Tuan Ramizan Tuan Man (4.1.1966)

5.1. Nur Wahidah + Nik Mohamad bin Nik Mustafa
5.1.1 Nik Nurbalqis Ayuni

5.2. Robeatul Adawiah

5.3. Mohd Burhanudden (9.6.1985) + Zulaikha

5.4. Mohd Najme

5.5. Abd Aziz

5.6. Qurratu’ Aini (8.9.1989)

5.7. Mohd Saifullah (31.8. 1991)

5.8. Nur Syafiqah (17.6.1995)

5.9. Amirah (29.5.1991)

5.10. Mohd Amru (24.3.1993)

5.11. Mohd Anas (29.8.1996)

5.12. Aqilah (20.8.1998)

5.13. Afiqah (21.5.2000)

5.14. Mohd Arman (9.11.2002)


6. Che Abdul B Muda (11.11.1964) + Tuan Normah Tuan Man (2.1.1968)

6.1. Mohd Ariff Fikri (18.9.1995)

6.2. Aina Mardiah (18.2.1999)

6.3. Alia Maisarah (4.10.2004)


7. Hisyam B Abd Halim (13.3.1964) + Tuan Syarifah Tuan Man (16.6.1970)

7.1. Muhammad Hanif (13.4.1997)

7.2. Muhammad Hazim (16.5.1998)

7.3. Muhammad Hazmi (25.8.2000)

7.4. Nurrul Huda (10.2.2003)

7.5. Nurrul Hana (18.2.2006)

7.6. Nurul Husna (30.1.2010)


8. Tuan M Luqman Tuan Man (2.1.1975) + Amilah Bt Zainal Rasid (17.7.1980)

8.1. Tuan Ahsana Aliyya (16.5.2003)

8.2. Tuan Ahsana Amilien (28.9.2004)

8.3. Tuan Muhammad Ashraf (16.1.2008)

8.4. Tuan Muhammad Adham


9. Mohd Fozi B Zamri (21.4.1973) + Tuan Norizzati Tuan Man (26.2.1980)

9.1. Muhammad Fariz Izzuddin (13.6.2002)

9.2. Aisyah Solehah (20.10.2003)

9.3. Alia Insyirah (11.3.2006)


10. Tuan Muhammad Najwa Fuad B Tuan Man (4.1.1984) + ....................? Hehehe